Thursday, June 18, 2009

Konsep INFO BESTARI


TAKRIFAN


INFO BESTARI adalah merujuk kepada satu program yang dijalankan atas kerjasama antara Komuniti BESTARI setempat dengan agensi yang diperlukan dan bersesuaian di tempat berkenaan.


Pelaksanaan INFO BESTARI menyerupai cara pelaksanaan Program Kumpulan Tindakan Sivik (KUMTIS) yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan pada suatu ketika dahulu dan kini dijelmakan semula.


LATAR BELAKANG


Komuniti BESTARI diseluruh Negara berjumlah 1097 buah dan jumlah daerah di seluruh negara pula ialah sebanyak 147 buah.


OBJEKTIF


1. Merealisasikan hasrat kerajaan untuk menyampaikan maklumat secara telus dan mengurangkan karenah birokrasi.


2. Menggalakkan keterlibatan ahli Komuniti BESTARI dalam menguruskan program bersama agensi kerajaan.


3. Memberikan perkhidmatan secara langsung ke peringkat kampung / mukim agar masyarakat dapat menikmati khidmat yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan.


4. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah utama rakyat.


5. Merealisasikan Program 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh YAB. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.