Saturday, July 11, 2009

Konsep 1 Malaysia

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"
Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Thursday, June 18, 2009

Konsep INFO BESTARI


TAKRIFAN


INFO BESTARI adalah merujuk kepada satu program yang dijalankan atas kerjasama antara Komuniti BESTARI setempat dengan agensi yang diperlukan dan bersesuaian di tempat berkenaan.


Pelaksanaan INFO BESTARI menyerupai cara pelaksanaan Program Kumpulan Tindakan Sivik (KUMTIS) yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan pada suatu ketika dahulu dan kini dijelmakan semula.


LATAR BELAKANG


Komuniti BESTARI diseluruh Negara berjumlah 1097 buah dan jumlah daerah di seluruh negara pula ialah sebanyak 147 buah.


OBJEKTIF


1. Merealisasikan hasrat kerajaan untuk menyampaikan maklumat secara telus dan mengurangkan karenah birokrasi.


2. Menggalakkan keterlibatan ahli Komuniti BESTARI dalam menguruskan program bersama agensi kerajaan.


3. Memberikan perkhidmatan secara langsung ke peringkat kampung / mukim agar masyarakat dapat menikmati khidmat yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan.


4. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah utama rakyat.


5. Merealisasikan Program 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh YAB. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, January 1, 2009

Pembuka Tirai 2009

Setiap insan mempunyai nasib mereka sendiri tatkala boleh berubah bila-bila masa tanpa diduga ia memberikan gambaran yang positif mahupun negatif. Inilah kuasa Tuhan yang mana kita sebagai manusia terpaksa akur akan KuasaNya...
Maka itu, kita sebagai manusia yang dilahirkan dengan azalinya mempunyai pancaindera dan tulang empat kerat perlulah berusaha dengan gigih, tekun dan berwawasan agar nasib seseorang individu yang bergelar manusia dapat mencapai apa yang diidamkan.." Dreams Do Come True If You Put Your Mind Through It "....
Justeru itu, maka resolusi saya pada tahun ini saya akan cuba mengubah nasib saya sendiri tetapi semuanya terletak ditangan yang Maha Esah...
Wahai teman yang membaca blog ini, moga anda diberkati dan juga segala Impian anda mencapai kejayaan...